Ramai yang mungkin tahu bahawa Taman Rebana Jernih ini dahulunya adalah ladang getah yang menganjur hingga ke tebing Sungai Linggi. Namun panorama tersebut telah berubah apabila kelapa sawit mengambil alih. Di sinilah dulu penduduk Kampung Air Molek mencari rezeki. Hasil hutan seperti madu lebah, ikan air tawar seperti sembilang, puyu dan haruan. Terdapat sebuah kawasan perkampungan lama di persekitaran taman ini. Khabarnya pernah wujud perkampungan dan juga masih ada tanah perkuburan lama di kawasan ini.
Kini bahagian hadapan Taman Rebana Jernih telah dibangunkan dengan sebuah taman perumahan yang dikenali dengan nama Taman Air Molek Perdana. Sesuatu yang menarik sedang berlaku. Air Molek, TRJ telah mula dikenali ramai orang. Yang akan mendapat limpahannya adalah peniaga-peniaga kecil. Selain itu jumlah pelajar di SK Air Jernih akan bertambah.
Bagi minat memancing, jalan di hadapan taman ini adalah laluan untuk ke tebing Sungai Linggi yang terkenal. Beberapa jeti persendirian telah dibina untuk kemudahan pemnacing. Cubalah nasib di sana. Senangin, kerapu, siakap, serkot memang banyak kalau itu rezeki anda. Cuma jangan terkejut jika sesekali sang bedal menunjukkan rupa. Bukan mengganggu sebaliknya memberitahu.... jangan kotori sungai kami
No comments:
Post a Comment