Tuesday, 13 February 2018

Taman Rebana Jernih

Assalamualikum w.h.k dan salam perpaduan

Jika anda berkereta dari arah Lubuk Cina, Melaka ke Kuala Sungai, perhatikan di sebelah kanan jalan selepas melintasi Kampung Air Molek, akan terlihat sebuah Taman Perumahan. 329 rumah dan 18 buah kedai terbina di sini hampir sepuluh tahun lepas.

Taman ini berjiran dengan kampung Air Molek, Kuala Sungai Baru, Melaka dan taman Air Molek Perdana. Selain itu, pekan berdekatan adalah Pekan Kuala Sungai Baru. KUIM atau Kolej Universiti Islam Melaka terletak lebih kurang 3 km, Akademi Laut Malaysia (ALAM), Medan Ikan Bakar PNK juga terletak di keliling taman ini.


Berlatarkan ladang kelapa sawit milik persendirian, taman ini juga merupakan jalan masuk ke Bukit Bruang di mana mengalirnya Sungai Linggi yang terkenal dengan udang galah dan buaya yang tidak pernah mengganggu nelayan yang mencari rezeki.

Sebuah surau dan juga dewan terbuka yang dirasmikan oleh YB Dato Wira Halimah Mohd Sadique, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 4 Februari lalu menjadi tempat penduduk menunaikan ibadah dan berekreasi.





Tiga JK menjadi penggerak taman ini iaitu Persatuan Penduduk Taman Rebana Jernih, KRT Taman Rebana Jernih dan JK Pengurusan Surau Taman Rebana Jernih. Ketiga-tiganya saling bantu membantu untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berlangsung di taman ini.






 Papan Penunjuk Arah jika anda dari Pekan Lubuk Cina
 Nelayan sungai mencari rezeki dengan menjala udang galah
 Pemandangan Sungai Linggi
 Penghuni Sungai Linggi yang ditemui mati
SK Air Jernih, Kuala Sungai Baru tempat anak-anak taman menimba ilmu

No comments:

Post a Comment

Di sini segalanya tercipta...

Deras air yang mengalir lewat sungaimu di kuala menanti Selat Melaka pernah menyaksikan perang dan darah pernah menadah tubuh-tubuh k...