KEGIATAN MASA LAPANG
Anak desa Air Molek tidak sunyi dari pelbagai aktiviti masa lapang. Selain hobi ia menjadi salah satu sumber duit buat mereka. Inilah kelebihan duduk di kampong. Segalanya boleh diusahakan. Dari makanan hinggalah ke belanja sekolah anak-anak.
Pencari Madu Lebah
Ramai pakar dalam bidang ini. Pakar yang bukan calang-calang kemahirannya. Seperti kata Wak Jun, pakarnya seorang pencari lebah hinggakan ” lebah makan ditemankan. Lebah pulang ke sarang di temankan”. Sesekali dengar macam jenaka tetapi bila saya kaji, rupanya pencari madu lebah di kampong kita bukan sekadar merayau berharap nasib untuk bertemu madu lebah. Sebaliknya melihat kedudukan lebah sewaktu mencara debunga. Kemudian melihat ke arah mana pula terbangnya untuk mengesan kedudukan sarang.
Antara pencari lebah yang bergiat aktif antaranya adalah Abang Depo, Abang Ali (orang bukit), Abang Kidon, Abang Ramli (Parago) dan beberapa orang lagi. Pendapatan mereka agak lumayan. Sebotol besar mencecah RM100. Berbaloi dengan risiko yang ditanggung. Namun usaha mereka menambah pendapatan amatlah menarik. Selain mencari rezeki, membantu kita menjaga kesihatan.
Untuk tahun 2014, saya berbual dengan beberapa pencari lebah, mereka menyatakan mendapat hampir ribuan ringgit hasil jualan madu lebh. Alhamdulillah
Dapat juga membantu apa yang kurang
PEMANCING TEGAR
Ramai rupanya pemancing tegardi Air Molek. Tegar yang bukan sedikit. Setiap hari menjelajah hutan belukar, parit, kolam untuk mencari rezeki mengail ikan Puyu atau sembilang. Dahulunya memancing di sungai kampong tetapi kini menjelajah hingga ke Muar, Jasin, Sepang mencari rezeki. Pulangannya berbaloi sangat-sangat. Harga haruan mencecah RM20.00 sekilo begitu juga Puyu dan Sembilang.
Ini adalah ikan Puyu terbesar pernah saya lihat. Beratnya 400 gram. Baru sahaja di[ancing pada 5April 2015 oleh salah seorang penduduk taman. Bayangkan harga ikan jika dijual sebagai ikan hiasan.
MERACIK TEKUKUR
No comments:
Post a Comment